Tuesday, May 11, 2010

090510 Hutan Bandar FR Trail (or track?)

bila aku dengar yg budak2 kampung aku nak kesana, aku terfikir.. mereka ni tak tau ke yg trek di hutan bandar tu trek teknikal? mati2 diorang nak yakinkan bahawa ada singletrack untuk xc. ok, takpe, mari kita lihat..

sesampainya di site, kami bertembung dgn beberapa home riders yang dah sedia berada disitu sejak awal pagi. rig home riders ni pun hebat2 belaka. dgn travel yg amat-amat sesuai untuk FR/DH, inilah rig yang kami inginkan! itu belum tambah dgn equipment diorang yg maha branded. riding skill mereka pun hebat juga.

satu konflik timbul, rider kampung yg datang dgn rig xc chapalang berasa amat malu walau untuk roll hingga ke hujung trek kerana perbezaan darjat rig kami dgn home riders. oleh kerana dah berada disitu, aku fikir jadi wasted kalau tak belajar ride kat sini. biasa la, muka tak malu. aku pun belasah je la jump, gap, berm yg dah sedia ada.

home riders puas ketawa didalam hati melihatkan rider tua yg bawak HT terlompat-lompat dengan basikal murahnya.. "kesian orang tua ni, seorang wannabe" desus hati mereka, agaknya.

bukan la bersangka buruk geng, aku tau kamu orang-orang yang baik. tak mungkin ada perasaan begitu. tapi inferiority complex aku dan lain-lain HT owners yang serupa macam aku ni sentiasa diburu perasaan dan bisikan syaitan. mengapa?

  • harga rig kami yg complete adalah lebih murah daripada brake set rig maha hebat
  • pakaian dan aksesori riggers hebat bagai beza langit dan bumi
tetapi bagi aku itu semua tak penting. nilai persahabatan bukan terletak pada betapa brandednya penampilan kepada umum. hanya semangat persaudaraan itu yang aku dan kamu perlukan.

dan skill riding yang mampu membuatkan penonton tehibur dengan telatah lompatan kanggaroo!

1 comment:

  1. hahaha, biasala bang.. banyak duit buat cara banyak duit, yang kurang duit pandai- pandaila improvise kata omputeh.. apapun semangat itu yang penting. everything started from RM1. takda ka gambar- gambar ride. buatla 1 column khas untok gallery sahaja, bulehla menengok abang ku dan rakan- rakannya beraksi,heheh.. apa2 go for it abangku..Allah bless you..

    ReplyDelete