Friday, August 28, 2009

Merdeka!


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia hari yang bahagia sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari semua seluruh warga negara ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!

Salam kemerdekaan wahai saudara-saudaraku.

Suatu masa nanti hari kemerdekaan tanah tumpah darah ini akan menjadi tidak lebih dari peringatan untuk cuti umum dan penganjuran acara-acara komersial yang bakal dimanupilasi oleh para pedagang yang tamak (bijak?), ahli politik yang patriotik (populariti?) dan para wannabe yang melebihi ilmunya dari rakan-rakannya (show-off?)

Dimanakah kamu pada ketika itu?

Wednesday, August 26, 2009

ayat-ayat lazim utk pemasaran kini


aku pasti kamu pernah (atau kerap) terbaca tentang bisnes yang ditawarkan oleh para pengendali yang diwakili oleh syarikat dan/atau orang perseorangan. maklumat yang ditawarkan di dalam preview produk atau perkhidmatan bertujuan menarik seberapa ramai audiens untuk turut serta membeli idea bisnes yang diketengahkan. kamu boleh menjadi downline atau apa sahaja level yang kamu inginkan bergantung kepada kemampuan dan kesanggupan kamu untuk memulakan bisnes.

ok, begini. apa yang nak aku utarakan ialah mengenai ayat-ayat penyedap bagi melembutkan(?) dan meneutralkan (?) kesangsian audiens yang terdiri dari pelbagai lapisan pengetahuan dan sentimen yang bakal menjadi penentu untuk closing kepada cadangan-cadangan didalam perniagaan tersebut.

'syarikat milik melayu bumiputera'
'diluluskan oleh BNM'
'plan hebat dan mudah'

dan

berbagai lagi ayat-ayat yang digubah dari semasa ke semasa demi memenuhi keperluan para pengendali/penjual tanpa mencetuskan syak wasangka untuk sang prospek.

bijak? halus? telus?

ianya umpama menarik rambut didalam tepung, rambut usah putus, tepung jangan tumpah.

Monday, August 24, 2009

ramadan ride


bulan ramadan ni, pilihan ride hanya pada waktu malam sahaja la nampaknya. jadi roadie utk sementara. nak ride siang bukan tak boleh, tapi masanya terlalu limited.

Thursday, August 20, 2009

21 Ogos ialah Hari Al-Aqsa

Pada 21 hb Ogos 1969, Al-Quds telah dibakar oleh seorang Yahudi extrimis yang bernama Dennis Michael Rohan. Yahudi laknat ini kemudiannya dibicarakan dan telah didapati mempunyai mental yang tidak sihat (bukankah semua Zionis begitu kejadiannya?) untuk mengugurkan segala tuduhan yang dihadapi.

Mereka inginkan tapak Al-quds sebagai memenuhi impian mereka untuk membina kuil dajjal yang pasti melebarkan penjajahan mereka ke serata alam.

Perdana Menteri kita yang wahid, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra merupakan salah seorang tokoh penting didalam menggerakkan suara bantahan terhadap penjajahan Yahudi dan seterusnya didukung oleh Resolusi 2535B (XXIV) PBB bertarikh 10 Disember 1969.

Malangnya, Resolusi yang didukung oleh badan dunia itu hanyalah semata-mata 'wayang' untuk menutup mulut gerakan insaniah yang amat prihatin terhadap kedaulatan saudara-saudara mereka. Lihatlah keadaan semasa.. Apa perbezaannya?

credit: Assoc Prof. Dr Hafidzi Mohd Noor, Director, PACE (Palestinian Centre of Excellence)

Wednesday, August 19, 2009

ramadan tiba lagi


ramai yang sebenarnya tidak sabar menunggu kedatangan ramadan lebih dari kedatangan syawal itu sendiri. keindahan yang hanya boleh dirasai oleh yang meyakininya.

semoga ramadan ini menjadi lebih indah untuk kamu, wahai saudara-saudara ku.

muslim dan yahudi

aku terbaca tentang artikel ni di masjid al ansar permas jaya semasa solat zohor tempohari.
antara kandungan didalam artikel itu ialah mengenai persoalan bilangan muslim vs bilangan yahudi di seluruh dunia dan perbandingan kejayaan yahudi didalam menguasai dunia.

kita masih jauh. terlalu jauh.

dan punca utama, menurut penulis artikel ialah: pengetahuan.
betapa luasnya jurang perbezaan budaya yahudi dan muslim didalam mewujudkan, menyampaikan dan menggunakan pengetahuan untuk memajukan bangsa.

namun kita bukan bangsa yang lemah. kita pasti menang!

itu yang telah dijanjikan. wallahualam

Monday, August 17, 2009

my ride


2008 Fuji nevada 1.0 bought at auntie shop tmn u, armed with 150mm manitou stance blunt, deore crankset, an enduro 2.2 for offroad and kenda slicky 1.75 for road adventure. pic taken at nearby lake in ulu tiram. a freeride wannabe. indeed

addendum

to those who hail from this tiny little town, if i had ever forgot your names, please forgive me.
let's start it all over again.
maybe there's a chance for us to keep the proud tiram connection.

ulu tiram


i know a lot of you out there who is actively in the blogging scene came from a little town called ulu tiram. i am an old person, who is just venting my thoughts over this page. it may seem awkward to most of you, you know, an old person trying to hitch himself over the bandwagon but as being said, who cares? no offense guys, nothing personal. let me in..

Saturday, August 15, 2009

pasar karat

sampai je kat sini terus cari port. park beskal masing2 dan ambil turn ronda PK.

habis je first group, turn kami pulak nak ronda. aku, taiping dan badak.

"dak, ko perasan x ramai veteran kat sini, menghabiskan sisa usia meronda malam"
"ha'ah la, diorg mcm usha ko je g, muka jambu"
"iskh, dah mcm man kidal punya cutting pun ada nih" "diorg ni masih lagi ada customer ke, dak?"
"bisnes dah tak mcm dulu nyah, kami skrg dah mcm wakil rakyat kat sini, tu la sebab asyik ronda je dari tadi"
"eii, bertaubat la brader2 dan pakcik2 sekalian, kembalilah kepada bentuk asal kamu" kata aku didalam hati.

anor, dengar je cutting man kidal, terus hilang. "best la dia sedut" kata anor.

kami nak pulang ni abun..

night ride 150809

ride: road on 26x1.75 slick rubber
destination: pasar karat
total distance:43.8kms
average speed: 20.6kmh
max speed: 57kmh by angah, sentosa to crystal crown
total time: 1hr55mins
total riders: 10
fastest rider: badak
sweeper: piranha
verdict: fun, no-nonsense ride. less of cp. mainly flat with bit of friendly climbs.

cannot already


"i say cannot already la friend, if this keeps going on i am afraid i cannot substain the future of this company anymore"

hmm, why would i give a damn. i had lost all the appeal and drive to sustain my self over here. i guess its time to move on. i just love my weekend with my precious ones.

hey mister, just continue feeding your golden child till he had become an overfed diabetic. god bless you.

Wednesday, August 12, 2009

baca


hidup, dalam satu hari memang tak sah jika tak membaca. mengapa? tanya la diri sendiri. surah yg pertama turun utk hero aku pun menekankan tentang peri pentingnya pembacaan. masih ingat lagi?

bergerak bebas

ini la yang aku nak selama ini. byk consider yg lain, pilihan yg salah dan mcm2 lg. aku sorang je mcm ni? tak mungkin..

suka hati aku la


dah lama aku tak blog ni. tapi mengenangkan rasa hati yang meluap-luap kemarahannya, aku perlu cari medium utk aku lepaskan apa yg aku rasa. perasaan aku tak la sebegitu penting utk orang lain. tapi aku peduli apa. ikut suka aku la.