Monday, April 19, 2010

ada apa dengan status?

ada apa heh? kenapa la sampai begitu sekali, dah hilang agaknya perasaan malu pada manusia dan kepada al-khaliq. mengejar status, sehingga;

  • hilang maruah diri
  • rendah akal
  • nafsu yang buas bak hayawan
  • pertimbangan yang berat sisinya dari sisi yang satu lagi
  • emosi yg tidak terkawal
itu antara contoh yg tidak seberapa, aku pasti kamu telah melihat lebih dari yg aku pernah lihat.
bodoh? angkuh? haloba? hasad? tidak bagi mereka...

apa yang penting bagi golongan ini?
dari kuasa timbulnya pengaruh, dari pengaruh timbulnya wang, dari wang timbulnya fitnah dan apabila telah tiba ke tahap ini, tiada lagi yg dapat membendung kecuali apabila maut datang menjemput di muka pintu mahligai.

para pengikut kabilah-kabilah bangang ini pun ramai.
ramai yang lebih bangang dari ketua-ketua mereka sehingga budaya bangang ini meleret-leret menjadi suatu etika untuk diterima sebagai ahli bangang yang maha setia.

cemburu? tidak.. cuma kasihan dari seorang fakir seperti aku yang kekadang terhibur melihat telatah monyet-monyet yang dihulurkan pisang plastik oleh tuannya hingga menikam sesama sendiri kerana menyangkakan plastik itu boleh hadam!

Monday, April 12, 2010

permulaan baru

Well.. aku dan sahabat aku dah mula melangkah kearah mencapai impian kami untuk menjadi orang yang totally independent dari anasir-anasir management yang tidak berupaya menggunakan akal dan hati masing2 didalam membuat keputusan.

apa maknanya tu?

kami akan memulakan perniagaan kecil-kecilan sebagai langkah pertama kami menuju ke tanah yang dijanjikan dan ingin melayakkan diri kami diantara golongan akhir zaman yang hidupnya miskin dan susah seterusnya menjadi senang (mudah-mudahan) tanpa melupakan fitrah yang kami junjung.

apa benda yg ko merepek ni, setan?

ini bukan statement frustation. ini ialah suatu statement vision dari kami yang tidak mungkin akan berada ditahap ini sepanjang hayat kami. setiap perkara perlu kepada perubahan. suka atau tidak, samada kamu tetap atau kamu berlari, ianya tetap terjadi.

apa yang kamu tunggu lagi.. mari lakukan penghijrahan!

doakan kejayaan kami wahai saudaraku.