Monday, April 19, 2010

ada apa dengan status?

ada apa heh? kenapa la sampai begitu sekali, dah hilang agaknya perasaan malu pada manusia dan kepada al-khaliq. mengejar status, sehingga;

  • hilang maruah diri
  • rendah akal
  • nafsu yang buas bak hayawan
  • pertimbangan yang berat sisinya dari sisi yang satu lagi
  • emosi yg tidak terkawal
itu antara contoh yg tidak seberapa, aku pasti kamu telah melihat lebih dari yg aku pernah lihat.
bodoh? angkuh? haloba? hasad? tidak bagi mereka...

apa yang penting bagi golongan ini?
dari kuasa timbulnya pengaruh, dari pengaruh timbulnya wang, dari wang timbulnya fitnah dan apabila telah tiba ke tahap ini, tiada lagi yg dapat membendung kecuali apabila maut datang menjemput di muka pintu mahligai.

para pengikut kabilah-kabilah bangang ini pun ramai.
ramai yang lebih bangang dari ketua-ketua mereka sehingga budaya bangang ini meleret-leret menjadi suatu etika untuk diterima sebagai ahli bangang yang maha setia.

cemburu? tidak.. cuma kasihan dari seorang fakir seperti aku yang kekadang terhibur melihat telatah monyet-monyet yang dihulurkan pisang plastik oleh tuannya hingga menikam sesama sendiri kerana menyangkakan plastik itu boleh hadam!

No comments:

Post a Comment