Monday, March 29, 2010

Where have you been?

mengapa tidak ada lagi post untuk ride? dah tak ride lagi ke budak2 bukit tiram sekarang?

ada... mana boleh tinggal gitu aje dunia mtb ni. tiap-tiap malam rabu ada ride yg cover 25kms dikepalai sdr badak. bukan setakat rabu aje, malam selasa dan khamis pun kadang2 langgar jugak!

main road aje, cari peluh. offroad ride? hehe.. tiap2 sunday aku dan gang builders sibuk mengendalikan cangkul, shovel untuk bina jump, berm, drop dan yang sewaktu dengannya. projek start dari CNY tuhari. lepak beb! ni dah hampir 2 bulan pun tak siap lagi. manakan tidak. yg hardcore nak jadi builders cuma aku dan tepeng. yg lain..support moral aje la kan. ada jugak yg support dari segi tenaga dan material tapi takle se'hardcore' aku dan tepeng.

pasai apa jadi lagu tu?

bukan semua riders yg ada 'bebola kacang' untuk main FR ni. tapi aku dan 2-3 org geng lagi peduli apa. kami hanya ride HT sahaja buat masa ni. FS? insyallah dalam tahun ni boleh dapat satu hendaknya..amin.

gambar? rilek dulu.. baru sampai section B, ada kurang 4 section sebelum complete, insyallah.

dah siap nanti aku bagitau ok? nak juga aku jemput korang ride kat tempat kami, nak dapatkan input tentang trek ala-ala DH/FR kami ni. kami bukannya hebat sangat pun. hehe.

1 comment:

  1. mcm scene sk8 kat sini jgkla bang, yang beria2 nk buat box apa semua saya ngn sorang lg mmbr ni. yg lain dok tggu je, nk kata support duit, enggak jugak..ntahapahahantah..last2 dua orang ni jgk yg keluar duit dan tenaga dan kemahiran buat box apa semua. bila box dah ilang kena curik masing2 senyap..

    ReplyDelete