Tuesday, May 25, 2010

230510 Section C dah siap

Section C dah hampir siap sebenarnya. Dah boleh lalu dgn selamat sampai ke simpang rock garden.
Apa yg menarik di Section C;

  • Gap 5 kaki dgn dalam 1 kaki, tak cukup speed confirm chicken!
  • 2 drop rendah (2kaki - 3 kaki tinggi)
  • potensi untuk satu drop to berm pada drop yg ke 2, laju sangat, tak boleh nak kawal
  • dari masuk Section C ke simpang rock garden tak sampai 5 saat pun.
sebagai tester, inilah first time aku ada rasa kecut telor bila mula-mula nak cari receiver untuk gap Section C. Tapi bila dah land kat receiver dgn selamat selama beberapa kali, keyakinan mula timbul. Takde builders yg tak crash semasa first try dkt gap ni, termasuklah aku.

Aku suka Section C - super laju, minimum pedaling.

210510 - NR with elementdh.com

11 riders, 40kms, 2hrs ++

Me, Badak and Belon joining the elementdh riders for this week NR. dh riders needed some endurance building to pedal their dh rigs at full speed, so here we are keeping them companies.

Ride started at 2300hrs, led by Man (there was another Man, not sure which is which). routing as planned by the other Man is molek-larkin-pasar karat-permas-molek. in 2hrs? whoa..

it had been quite some time since the last 40kms ride i had a few months back. now that i am tied-up with my commitment, the chance of riding comes scarce. it is actually a privilege to know that i am able to ride tonight. phew..

i had a chance to meeting a dh rider who can ride faster than a devoted xc whippet. i notice that this rider cranks up big gears (44-11) all the way long from start to the end. even on climbs! (try doing the Permas Jaya bridge with this gearing combination). well, this guy got the lungs and legs to compensate his racing speed.

the guys at element, they are a bunch of friendly, cool people. would like another ride with them sometime soon.

good times

Tuesday, May 11, 2010

090510 Hutan Bandar FR Trail (or track?)

bila aku dengar yg budak2 kampung aku nak kesana, aku terfikir.. mereka ni tak tau ke yg trek di hutan bandar tu trek teknikal? mati2 diorang nak yakinkan bahawa ada singletrack untuk xc. ok, takpe, mari kita lihat..

sesampainya di site, kami bertembung dgn beberapa home riders yang dah sedia berada disitu sejak awal pagi. rig home riders ni pun hebat2 belaka. dgn travel yg amat-amat sesuai untuk FR/DH, inilah rig yang kami inginkan! itu belum tambah dgn equipment diorang yg maha branded. riding skill mereka pun hebat juga.

satu konflik timbul, rider kampung yg datang dgn rig xc chapalang berasa amat malu walau untuk roll hingga ke hujung trek kerana perbezaan darjat rig kami dgn home riders. oleh kerana dah berada disitu, aku fikir jadi wasted kalau tak belajar ride kat sini. biasa la, muka tak malu. aku pun belasah je la jump, gap, berm yg dah sedia ada.

home riders puas ketawa didalam hati melihatkan rider tua yg bawak HT terlompat-lompat dengan basikal murahnya.. "kesian orang tua ni, seorang wannabe" desus hati mereka, agaknya.

bukan la bersangka buruk geng, aku tau kamu orang-orang yang baik. tak mungkin ada perasaan begitu. tapi inferiority complex aku dan lain-lain HT owners yang serupa macam aku ni sentiasa diburu perasaan dan bisikan syaitan. mengapa?

  • harga rig kami yg complete adalah lebih murah daripada brake set rig maha hebat
  • pakaian dan aksesori riggers hebat bagai beza langit dan bumi
tetapi bagi aku itu semua tak penting. nilai persahabatan bukan terletak pada betapa brandednya penampilan kepada umum. hanya semangat persaudaraan itu yang aku dan kamu perlukan.

dan skill riding yang mampu membuatkan penonton tehibur dengan telatah lompatan kanggaroo!

Monday, May 3, 2010

xc legs dh guts?

sedang aku membelek majalah MBA 2009, aku nampak la tag ni pada advert specialized enduro. lawa poster tu. ye la..kan kerja pro, hasil pun pro.

maka terfikir la aku ttg tag utk model ni. hmm..bagaimana jika ianya dipraktikkan oleh xc riders yg ada di kampungku. beginilah keadaan semasa..

  • boleh kayuh 100km dlm 6 jam flat tapi tak mampu buat satu drop yg tinggi hanya dua kaki
  • hanya insan-insan terpilih sahaja yang layak untuk menganjurkan sesuatu peningkatan
  • kayuh sahaja dah la, nak lompat-lompat buat apa! ingat kanggaroo ke
  • takut jatuh kerana jatuh itu sakit
  • dah tua sgt nak melompat dgn basikal
begitu la sedikit lebih kurang ttg situasi xc riders di kampungku. ada point jugak diorang ni, basikal xc nak abuse buat jump buat apa? rosak la basikal tu nanti... (macam makcik2)

oleh kerana aku membesar semasa suasana extreme bmx sedang rancak, maka aku dan beberapa kawan2ku telah pun di doktrinkan dengan pemikiran extrimist sukan berbasikal. semuanya nampak rideables, boleh jump, gap, drop atas apa sahaja yg kami fikir rideables.

dan kami juga tahu limit frame xc kami. skill tu penting der. mungkin tidak sepenting sentimen kamu terhadap rider-rider tua seperti kami tetapi fikirkan semula. apa yg kamu ada dalam pemikiran berbasikal kamu itu TIDAKlah salah sebenarnya cuma apa salahnya jika kamu juga mempunyai kemahiran teknikal untuk kamu displaykan pada puak setia kamu, pasti mereka akan bergembira dengan kemahiran ahli puak mereka yang telah meningkat.

dan yang paling gembira pasti ketua puak elitist!

Monday, April 19, 2010

ada apa dengan status?

ada apa heh? kenapa la sampai begitu sekali, dah hilang agaknya perasaan malu pada manusia dan kepada al-khaliq. mengejar status, sehingga;

  • hilang maruah diri
  • rendah akal
  • nafsu yang buas bak hayawan
  • pertimbangan yang berat sisinya dari sisi yang satu lagi
  • emosi yg tidak terkawal
itu antara contoh yg tidak seberapa, aku pasti kamu telah melihat lebih dari yg aku pernah lihat.
bodoh? angkuh? haloba? hasad? tidak bagi mereka...

apa yang penting bagi golongan ini?
dari kuasa timbulnya pengaruh, dari pengaruh timbulnya wang, dari wang timbulnya fitnah dan apabila telah tiba ke tahap ini, tiada lagi yg dapat membendung kecuali apabila maut datang menjemput di muka pintu mahligai.

para pengikut kabilah-kabilah bangang ini pun ramai.
ramai yang lebih bangang dari ketua-ketua mereka sehingga budaya bangang ini meleret-leret menjadi suatu etika untuk diterima sebagai ahli bangang yang maha setia.

cemburu? tidak.. cuma kasihan dari seorang fakir seperti aku yang kekadang terhibur melihat telatah monyet-monyet yang dihulurkan pisang plastik oleh tuannya hingga menikam sesama sendiri kerana menyangkakan plastik itu boleh hadam!

Monday, April 12, 2010

permulaan baru

Well.. aku dan sahabat aku dah mula melangkah kearah mencapai impian kami untuk menjadi orang yang totally independent dari anasir-anasir management yang tidak berupaya menggunakan akal dan hati masing2 didalam membuat keputusan.

apa maknanya tu?

kami akan memulakan perniagaan kecil-kecilan sebagai langkah pertama kami menuju ke tanah yang dijanjikan dan ingin melayakkan diri kami diantara golongan akhir zaman yang hidupnya miskin dan susah seterusnya menjadi senang (mudah-mudahan) tanpa melupakan fitrah yang kami junjung.

apa benda yg ko merepek ni, setan?

ini bukan statement frustation. ini ialah suatu statement vision dari kami yang tidak mungkin akan berada ditahap ini sepanjang hayat kami. setiap perkara perlu kepada perubahan. suka atau tidak, samada kamu tetap atau kamu berlari, ianya tetap terjadi.

apa yang kamu tunggu lagi.. mari lakukan penghijrahan!

doakan kejayaan kami wahai saudaraku.

Monday, March 29, 2010

Where have you been?

mengapa tidak ada lagi post untuk ride? dah tak ride lagi ke budak2 bukit tiram sekarang?

ada... mana boleh tinggal gitu aje dunia mtb ni. tiap-tiap malam rabu ada ride yg cover 25kms dikepalai sdr badak. bukan setakat rabu aje, malam selasa dan khamis pun kadang2 langgar jugak!

main road aje, cari peluh. offroad ride? hehe.. tiap2 sunday aku dan gang builders sibuk mengendalikan cangkul, shovel untuk bina jump, berm, drop dan yang sewaktu dengannya. projek start dari CNY tuhari. lepak beb! ni dah hampir 2 bulan pun tak siap lagi. manakan tidak. yg hardcore nak jadi builders cuma aku dan tepeng. yg lain..support moral aje la kan. ada jugak yg support dari segi tenaga dan material tapi takle se'hardcore' aku dan tepeng.

pasai apa jadi lagu tu?

bukan semua riders yg ada 'bebola kacang' untuk main FR ni. tapi aku dan 2-3 org geng lagi peduli apa. kami hanya ride HT sahaja buat masa ni. FS? insyallah dalam tahun ni boleh dapat satu hendaknya..amin.

gambar? rilek dulu.. baru sampai section B, ada kurang 4 section sebelum complete, insyallah.

dah siap nanti aku bagitau ok? nak juga aku jemput korang ride kat tempat kami, nak dapatkan input tentang trek ala-ala DH/FR kami ni. kami bukannya hebat sangat pun. hehe.

Wednesday, January 6, 2010

2010

Welcome to 2010.

Phew! Pejam celik and we're already here.

So, what have you achieved? Have you fulfill 2009 resolution, or perhaps brought it forward to 2010? Whatever it is (hey it's my blog's tag), I could only wish you all the best.

I anticipate a HUGE changes this year, wish me luck, too.

Good day!

Monday, December 21, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Salam Maal Hirah buat saudara-saudaraku tidak kira dimana jua kamu berada.
Moga penghijrahan kita pada tahun ini akan membawa kita semua kearah kebaikan dan jalan yang diredhai Allah.

Hijrah menuntut pengorbanan. Hijrah menuntut perubahan. Contohi sifat-sifat baik orang-orang yang terdahulu dari kita agar hidup kita lebih baik dari yang sebelumnya. Aku berdoa agar kamu berjaya dalam menuntut perubahan ini, wahai saudaraku.

Mari menuju kejayaan.

Sunday, December 13, 2009

13122009 - recce ride pt 2

3 riders. 30kms. 3.5 hours. Short-of -breath. No pics.

Well, a second recce ride. This time its only us the homegrown riders. Me, Badak and Belon. One is heavy and the other floats everytime he encounter a bump.

Today's ride is towards exploring more of the kebun-getah-near-Pulada and trail-susur-hutan within the area. Long downhill in the beginning, middle and at exit point. The rest is flat, some lung-busting ascent and in the open. The 1000 am sun turns Belon's arm rentung while me and Badak is saved by the sleeve.

Fun descend and as usual, the cursing ascent. I am starting to see the imaginary route with profiles as I had ridden these mix section a few times. GPS? In our head, still.

If you have time and you had nowhere new to ride, try us. Maybe there is something for you to experience. Well, maybe..

Tuesday, December 8, 2009

06122009 - Recce ride with Cyclemotion and Rideables SG

19 riders. 20kms. 4hours. Major crash.

Well, this time its a recce ride in our homeground. Established contact with Neo and arrange for a meet on Sunday morning. RV at Petronas Ulu Tiram as the trail head is just a couple of metres away.

Neo kept mentioning the 'Roller Coaster' as he had ridden this section on his motobike years back. It seems that Ayub also remembers some of the Roller Coaster route as he used to ride on his moto (together with Neo, I think).

Ride started off at 0900. I notice that some of the section here does have its own potential for a freeride flair. We weave through two prominent landmark, the Roller Coaster and the Pylon. So there is a mix of palm oil plantations and some smallholding rubber plantations.

Roller coaster ride is a killer. Super fast descend and super slow ascent (pancit, hehe), but somehow rideable.(Nice knowing you, Rideables SG) Badak even got a small burnt on his finger when he accidentally touches his rotor during a breather. That's how hot the rotor could get.

There are crashes that day. It was Sham Commencal negotiating a fast descent and got caught by a small tree and another brudder broke his MonkeyLite handlebar on our way back. Super fast crash.

Some of the section were very familiar to me and some were not. Its the wonder of the GPS thang that had brought us to this 'never-been-ridden-route' today. I had twice a puncture until I am out of spare tubes but thanks to Fazlun, he gave me another patched tube for me to continue the ride. Lega.

It was a wonderful experience for us the homegrown riders to be riding with otai's of CM and the Rideables. I had no idea how these otai's will perceive our homegrown trail. You know, it could be fun or worst, very lame. But one thing for sure, we, the homegrown riders were very happy that day. Thanks guys!

Tuesday, December 1, 2009

Hmmphh..


Kekadang stress jugak jadinya. Waktu kita nak cepat, waktu kita perlukannya, masa tu lah dia nak hilang. Tak jumpa. Cari lagi.. Masih tak jumpa lagi."Isshh.. Aku rasa aku letak kat sini semalam, hari ni dah tak ada lagi!""Sapa la yang gatal tangan nak alihkan barang-barang aku ke tempat lain!"

"Dah ambil tu letak la semula!"

Di masa yang lain. Waktu aku tengah santai. Atau tak ada buat apa-apa. Dan aku memang tidak memerlukan barang yang aku cari tadi. "La.. kat sini rupanya kau" atau "Macamana aku boleh tak perasan barang tu ada kat depan mata" dan macam-macam lagi la skrip yang keluar.

Hehe.. Aku sorang sahaja ke yang ada masalah macam ini?

ride 291109 - utr-pasar karat

Ride malam. 9 riders.45kms. 4hours.

Lama tak pegi ride malam. Para pensepeda tegar telah bersedia dari awal. Tayar slick telah disarungkan demi mengelak dari mendengar 'kerangupan' Nevegal memakan tar. Huhu..tak sanggup. Sayang tayar beb.

Ride kali ini ialah orientasi utk Q, dan Has. Untuk pensepeda tegar, ride ni lebih kepada ride 'makan-makan cekodok at Pasar Karat'. Sedap cekodok tu, especially sambalnya. Kami pulun sampai lima pinggan. Clear. Jemaah meja makan ditambah pula dengan hero-hero kampungku yang berkereta ke pasar karat. The more, the merrier.

Q dan Has, weekend ni offroad pulak. Ada bran?

Wednesday, November 25, 2009

duit


empat huruf keramat yg tak perlu diperkenalkan lagi. budak kecil pun tahu. duit, sapa yang tak nak duit. yang miskin memerlukan, yang kaya memerlukannya dengan lebih banyak lagi. boleh jadi gila apabila lihat permainan duit ni. yang kuat jadi lemah, yang lemah jadi kuat dan berbagai lagi perkara yang kamu boleh bayangkan dan sendiri alami.

hidup kita ini bukannya tentang duit sahaja. tapi masih tak boleh berjauhan tanpanya. ia suatu keperluan, bukan tujuan hidup. hei, aku keliru dan aku tak mahu kekeliruan aku akan menjadi lebih parah lagi apabila tiba masa untuk waris-waris aku memegang teraju.

ingin benar aku berada pada zaman dimana kemiskinan telah menjadi suatu sejarah lampau umat manusia, kekayaan bertebaran serta makmur, islam dan muslim menjadi gilang-gemilang serta tiadanya keperluan untuk manusia berbunuhan untuk mendakap empat huruf keramat yang mereka jadikan tuhan.

Monday, November 23, 2009

orang2 harapan aku

calon-calonnya pada masa ini ialah, (in descending order)

1. En. T
2. Cik Murai
3. En D

you know who you are, guys!

ada facebook?


anda ada facebook? siapa di dalam list ni yg tak akan anda add as friend;


1. boss
2. musuh ketat
3. pemiutang
4. jiran mak anda

dan banyak la lagi, mengikut kepentingan anda

apakah sebab-musababnya? hehe sendiri mau ingat..

ride 221109 - lombong - ldg perisind sedili kechil - pelepah kiri

24kms, 8 riders, 50++kmh max. bright sunny day

riding trip pada asalnya hanya nak cover tempat yg budak2 kg aku gelar sg S. abjad S tu sebenarnya trail utk access ke tempat ni. sg S ialah sg pelepah kiri..x pernah tukar lagi. so, takde la skrip "sudah tukar ka?" ala-ala ravi heh.

aku, akan mudah lemah semangat apabila jarak yang nak kami cover tu cuma 5kms to-fro. flat profile lagi tu. huhu. maka, dengan kejamnya aku mencadangkan lombong, tempat yang biasa kami lihat geng moto-x access. kemana mereka ya? nak tahu? mari kita daki...

recce punya recce, jumpa la satu access naik ke satu ldg sawit yg masih baru. inilah 'jalan burung' yg bonda mention tu agaknya. daki lagi hingga ke puncak. stop. for. a.breather.fuh..

agak tinggi tempat ni. ada view jln mersing lagi. kawan aku kata kg temenin.. tapi ramai yang konfius. ye la..gps dlm kepala shj, through observation dan experience. risky business. nak turun ke so-called kg temenin ke ni? jalan..

tadi dah mendaki kan? kini downhill la pulak. DH yg agak thrill utk XC riders mcm kami ni. some inexperienced riders pun ada ikut sekali. jgn la ada insiden ke xcdent ke. DH loose pack dgn pakej pelepah sawit muda di kiri kanan. tak cukup lagi? ada gaung yg sayuuppp je menanti.

masuk je area ladang sawit, baru kami sedar yg kami berada di ladang perisind jln mawai kota tinggi. woo..mana pegi kg temenin tadi? apa lagi, patah balik la. ulang semula proses ascend-descent tadi.

keluar je dari jalan lombong, masuk ke pelepah kiri untuk claim 'reward' uphill-hingga-ke-dagu yang baru kami teroka. berbaloi-baloi bila berada di sg s ni. air sejuk, bersih, ada natural massage lagi, duduk aje la bawah air terjun tu..hilang lenguh badan.

Tuesday, November 17, 2009

CM epic ride 09

congrats to my colleagues of Life Cycle for completing the 55kms loop during last Sunday's epic ride. Kudos to Cyclemotion JB and the gang for their effort and dedication towards making this event a success.

Shown on pic from left; Tepeng, Badak, Angah and Wan.

Angah got the top 100 finishing, a medal (to commemorate top finishers?) and a 25% voucher on Merida bikes at De Yuan. Badak was double lucky, a saddle and a blinking helmet brought home. Wan's lucky chain tool is now in his collection of tools and Tepeng, well, what did this little guy brought home? A bunch of awek's phone nos maybe. Hehe. No offend Peng, I dont have any idea what did you get for the lucky draw.

Me? Duh..I committed my time that day to attend Aishah's Graduation (Kindergarten sort of 'concert') and the event turned out to be lame (with the exception of those kindergarten kids performing). Many happy faces. My advice to Mr Principal a.k.a Mr Founder: Jangan la kedekut sgt dengan duit hangpa tu. Kami parents ni bayar la, bukan free tau. Dan jgn la buat muka 'ketat' depan parents, kamu bagaikan samseng lagaknya.

Wednesday, November 11, 2009

ride 111109 - malam

25kms, 1hr15mins, 4 riders, 54kmh max. road
bestari-p.wangsa-p.indah-d.tebrau-tiram

ni semua gara2 epic ride. aku cuma support kengkawan yang nak pergi minggu ni.

yang best nya, bila badak lead on road, aku memanjang jadi sweeper je la. ada certain point sampai 1kms++ jarak leader dgn sweeper, padahal ada 4 org riders aje. huhu

tapi org tua ni masih boleh catch-up. hehe

tambah lagi dengan reward burger ayam sab's dan neslo kurang manis. pergh! lewat malam baru boleh tido. lena..

Monday, November 9, 2009

ride 081109 - bestari-setia indah-ulu tebrau

35kms, 4hours, 8 riders. many new section

starts at 0830. trailhead is next to stesen timbang bestari. riders yg dah lama tak kayuh pun ada. hehe..awas korang semua. hari ini kamu menerima siksa dunia.

discover new singletrack aka downhill rock garden. tak pandai nego tayar bocor le jawabnya. bump into a group of riders from setia indah doing counterflow (or is it us?). it seems that the meeting point with setia indah riders had always been at the same place although we going on a different route.

blood,sweat,cramps, hunger, exhaustion, disgust, sunburn - its the torture package you were asking for. so why complain?

the most gruelling ascent would still be felda tebrau, plus a reward of going downhill of up to 45kmh max (or more if you dare).

the best part is cooling down at EPA's swimming pool on the way back to RV point.

still, no route tagging, all inside our head.