Wednesday, November 25, 2009
duit
empat huruf keramat yg tak perlu diperkenalkan lagi. budak kecil pun tahu. duit, sapa yang tak nak duit. yang miskin memerlukan, yang kaya memerlukannya dengan lebih banyak lagi. boleh jadi gila apabila lihat permainan duit ni. yang kuat jadi lemah, yang lemah jadi kuat dan berbagai lagi perkara yang kamu boleh bayangkan dan sendiri alami.
hidup kita ini bukannya tentang duit sahaja. tapi masih tak boleh berjauhan tanpanya. ia suatu keperluan, bukan tujuan hidup. hei, aku keliru dan aku tak mahu kekeliruan aku akan menjadi lebih parah lagi apabila tiba masa untuk waris-waris aku memegang teraju.
ingin benar aku berada pada zaman dimana kemiskinan telah menjadi suatu sejarah lampau umat manusia, kekayaan bertebaran serta makmur, islam dan muslim menjadi gilang-gemilang serta tiadanya keperluan untuk manusia berbunuhan untuk mendakap empat huruf keramat yang mereka jadikan tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment