Wednesday, August 26, 2009

ayat-ayat lazim utk pemasaran kini


aku pasti kamu pernah (atau kerap) terbaca tentang bisnes yang ditawarkan oleh para pengendali yang diwakili oleh syarikat dan/atau orang perseorangan. maklumat yang ditawarkan di dalam preview produk atau perkhidmatan bertujuan menarik seberapa ramai audiens untuk turut serta membeli idea bisnes yang diketengahkan. kamu boleh menjadi downline atau apa sahaja level yang kamu inginkan bergantung kepada kemampuan dan kesanggupan kamu untuk memulakan bisnes.

ok, begini. apa yang nak aku utarakan ialah mengenai ayat-ayat penyedap bagi melembutkan(?) dan meneutralkan (?) kesangsian audiens yang terdiri dari pelbagai lapisan pengetahuan dan sentimen yang bakal menjadi penentu untuk closing kepada cadangan-cadangan didalam perniagaan tersebut.

'syarikat milik melayu bumiputera'
'diluluskan oleh BNM'
'plan hebat dan mudah'

dan

berbagai lagi ayat-ayat yang digubah dari semasa ke semasa demi memenuhi keperluan para pengendali/penjual tanpa mencetuskan syak wasangka untuk sang prospek.

bijak? halus? telus?

ianya umpama menarik rambut didalam tepung, rambut usah putus, tepung jangan tumpah.

No comments:

Post a Comment