Monday, May 3, 2010

xc legs dh guts?

sedang aku membelek majalah MBA 2009, aku nampak la tag ni pada advert specialized enduro. lawa poster tu. ye la..kan kerja pro, hasil pun pro.

maka terfikir la aku ttg tag utk model ni. hmm..bagaimana jika ianya dipraktikkan oleh xc riders yg ada di kampungku. beginilah keadaan semasa..

  • boleh kayuh 100km dlm 6 jam flat tapi tak mampu buat satu drop yg tinggi hanya dua kaki
  • hanya insan-insan terpilih sahaja yang layak untuk menganjurkan sesuatu peningkatan
  • kayuh sahaja dah la, nak lompat-lompat buat apa! ingat kanggaroo ke
  • takut jatuh kerana jatuh itu sakit
  • dah tua sgt nak melompat dgn basikal
begitu la sedikit lebih kurang ttg situasi xc riders di kampungku. ada point jugak diorang ni, basikal xc nak abuse buat jump buat apa? rosak la basikal tu nanti... (macam makcik2)

oleh kerana aku membesar semasa suasana extreme bmx sedang rancak, maka aku dan beberapa kawan2ku telah pun di doktrinkan dengan pemikiran extrimist sukan berbasikal. semuanya nampak rideables, boleh jump, gap, drop atas apa sahaja yg kami fikir rideables.

dan kami juga tahu limit frame xc kami. skill tu penting der. mungkin tidak sepenting sentimen kamu terhadap rider-rider tua seperti kami tetapi fikirkan semula. apa yg kamu ada dalam pemikiran berbasikal kamu itu TIDAKlah salah sebenarnya cuma apa salahnya jika kamu juga mempunyai kemahiran teknikal untuk kamu displaykan pada puak setia kamu, pasti mereka akan bergembira dengan kemahiran ahli puak mereka yang telah meningkat.

dan yang paling gembira pasti ketua puak elitist!

Monday, April 19, 2010

ada apa dengan status?

ada apa heh? kenapa la sampai begitu sekali, dah hilang agaknya perasaan malu pada manusia dan kepada al-khaliq. mengejar status, sehingga;

  • hilang maruah diri
  • rendah akal
  • nafsu yang buas bak hayawan
  • pertimbangan yang berat sisinya dari sisi yang satu lagi
  • emosi yg tidak terkawal
itu antara contoh yg tidak seberapa, aku pasti kamu telah melihat lebih dari yg aku pernah lihat.
bodoh? angkuh? haloba? hasad? tidak bagi mereka...

apa yang penting bagi golongan ini?
dari kuasa timbulnya pengaruh, dari pengaruh timbulnya wang, dari wang timbulnya fitnah dan apabila telah tiba ke tahap ini, tiada lagi yg dapat membendung kecuali apabila maut datang menjemput di muka pintu mahligai.

para pengikut kabilah-kabilah bangang ini pun ramai.
ramai yang lebih bangang dari ketua-ketua mereka sehingga budaya bangang ini meleret-leret menjadi suatu etika untuk diterima sebagai ahli bangang yang maha setia.

cemburu? tidak.. cuma kasihan dari seorang fakir seperti aku yang kekadang terhibur melihat telatah monyet-monyet yang dihulurkan pisang plastik oleh tuannya hingga menikam sesama sendiri kerana menyangkakan plastik itu boleh hadam!

Monday, April 12, 2010

permulaan baru

Well.. aku dan sahabat aku dah mula melangkah kearah mencapai impian kami untuk menjadi orang yang totally independent dari anasir-anasir management yang tidak berupaya menggunakan akal dan hati masing2 didalam membuat keputusan.

apa maknanya tu?

kami akan memulakan perniagaan kecil-kecilan sebagai langkah pertama kami menuju ke tanah yang dijanjikan dan ingin melayakkan diri kami diantara golongan akhir zaman yang hidupnya miskin dan susah seterusnya menjadi senang (mudah-mudahan) tanpa melupakan fitrah yang kami junjung.

apa benda yg ko merepek ni, setan?

ini bukan statement frustation. ini ialah suatu statement vision dari kami yang tidak mungkin akan berada ditahap ini sepanjang hayat kami. setiap perkara perlu kepada perubahan. suka atau tidak, samada kamu tetap atau kamu berlari, ianya tetap terjadi.

apa yang kamu tunggu lagi.. mari lakukan penghijrahan!

doakan kejayaan kami wahai saudaraku.

Monday, March 29, 2010

Where have you been?

mengapa tidak ada lagi post untuk ride? dah tak ride lagi ke budak2 bukit tiram sekarang?

ada... mana boleh tinggal gitu aje dunia mtb ni. tiap-tiap malam rabu ada ride yg cover 25kms dikepalai sdr badak. bukan setakat rabu aje, malam selasa dan khamis pun kadang2 langgar jugak!

main road aje, cari peluh. offroad ride? hehe.. tiap2 sunday aku dan gang builders sibuk mengendalikan cangkul, shovel untuk bina jump, berm, drop dan yang sewaktu dengannya. projek start dari CNY tuhari. lepak beb! ni dah hampir 2 bulan pun tak siap lagi. manakan tidak. yg hardcore nak jadi builders cuma aku dan tepeng. yg lain..support moral aje la kan. ada jugak yg support dari segi tenaga dan material tapi takle se'hardcore' aku dan tepeng.

pasai apa jadi lagu tu?

bukan semua riders yg ada 'bebola kacang' untuk main FR ni. tapi aku dan 2-3 org geng lagi peduli apa. kami hanya ride HT sahaja buat masa ni. FS? insyallah dalam tahun ni boleh dapat satu hendaknya..amin.

gambar? rilek dulu.. baru sampai section B, ada kurang 4 section sebelum complete, insyallah.

dah siap nanti aku bagitau ok? nak juga aku jemput korang ride kat tempat kami, nak dapatkan input tentang trek ala-ala DH/FR kami ni. kami bukannya hebat sangat pun. hehe.

Wednesday, January 6, 2010

2010

Welcome to 2010.

Phew! Pejam celik and we're already here.

So, what have you achieved? Have you fulfill 2009 resolution, or perhaps brought it forward to 2010? Whatever it is (hey it's my blog's tag), I could only wish you all the best.

I anticipate a HUGE changes this year, wish me luck, too.

Good day!

Monday, December 21, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Salam Maal Hirah buat saudara-saudaraku tidak kira dimana jua kamu berada.
Moga penghijrahan kita pada tahun ini akan membawa kita semua kearah kebaikan dan jalan yang diredhai Allah.

Hijrah menuntut pengorbanan. Hijrah menuntut perubahan. Contohi sifat-sifat baik orang-orang yang terdahulu dari kita agar hidup kita lebih baik dari yang sebelumnya. Aku berdoa agar kamu berjaya dalam menuntut perubahan ini, wahai saudaraku.

Mari menuju kejayaan.

Sunday, December 13, 2009

13122009 - recce ride pt 2

3 riders. 30kms. 3.5 hours. Short-of -breath. No pics.

Well, a second recce ride. This time its only us the homegrown riders. Me, Badak and Belon. One is heavy and the other floats everytime he encounter a bump.

Today's ride is towards exploring more of the kebun-getah-near-Pulada and trail-susur-hutan within the area. Long downhill in the beginning, middle and at exit point. The rest is flat, some lung-busting ascent and in the open. The 1000 am sun turns Belon's arm rentung while me and Badak is saved by the sleeve.

Fun descend and as usual, the cursing ascent. I am starting to see the imaginary route with profiles as I had ridden these mix section a few times. GPS? In our head, still.

If you have time and you had nowhere new to ride, try us. Maybe there is something for you to experience. Well, maybe..