Thursday, October 29, 2009

post raya rides


ramai diantara geng kayuh di kampung aku dah mulai sejuk. ada yang dah mencapai tahap beku. hanya sesuai untuk sesi fotografi sahaja.

antara ride yang aku dah pegi setiap weekend post raya ialah;

1. K16 (home trail) - ride pemecah lemak tepu;
2. sg S (or Ass?) - ride mandi-manda putera2 kayangan, tempat yang creepy tapi cantik yang amat.
3. ride bestari-setia indah a.k.a lorong babi (lorong babi is the trailhead to these areas)

participants? balik2 muka yang sama. kalau sebelum ramadan hingga 15 org per ride, sekarang ada 4 atau lima orang. yang lain? hanya sesuai untuk sesi fotografi sahaja...duh.

kalau macam ini la gayanya, terpaksa la aku balik asal.. ride dgn geng2 yg dah established kat JB ni. huhu..

angah, badak, wan, effi.. korang memang best. tak lekang dek panas, tak basah dek hujan. stay true bros! tidak lupa juga pada ubit piranha yang "gua, anytime boleh!"

to the rest of the guys, smile for the camera!

Tuesday, October 20, 2009

dah lama

dah lama tak update blog ni. busy bebenor dgn assignment baru selepas raya. bulan syawal dah berlalu dan akan datang lagi. pitch aku untuk projek mega kayangan dah pun halfway through. aku berdoa semoga aku akan hit closing yang aku inginkan demi untuk keluarga dan menebus diri aku sendiri. salam sejahtera untuk kamu juga wahai sahabat. perjuangan kita masih jauh di hadapan.

Wednesday, September 16, 2009

redeem.refresh.restart


salam eid mubarak to all of you. enjoy your feel of a fresh head start.

come on people, lets get together and celebrate the spirit of eid! call up your friends and families and tell them how precious they are and how they will always be. indulge yourself in the new spirit that will lead all of us towards our victorious winning.

forgive and forget. bless you.

Monday, September 14, 2009

kasih sayang


cinta.kasih.sayang.
kasih sayang yang tak terhingga
kasih antara dua kekasih
kasih.sayang.cinta

ayat-ayat yang suatu ketika dahulu tidak memberi sebarang makna kepada aku kecuali pada pengertian dan pengisiannya. tetapi pada hari ini, perkataan-perkataan berkaitan cinta kasih dan sayang mempunyai erti yang amat mendalam, amat terkesan pada diriku. tidak sekadar hadir untuk pergi, tidak juga ada untuk kekal dan tidak juga dicari untuk dimiliki.

sesungguhnya yang hakiki hanyalah satu. hanya pada satu yang pasti. aku yang kerdil lagi lemah.

Wednesday, September 9, 2009

nilai puasa seorang melayu urban


"huh? ibadat puasa itu hanyalah propaganda! kami yang mengikuti aliran melayu urban TIDAK lagi memerlukan propaganda basi yang di anuti oleh orang-orang yang sebelum kami! hanya omongan hari raya itu yang ingin kami sertai, berbelanja mewah hingga lupa diri. itu amalan kami" sinis sungguh ayat-ayat kamu wahai generasi terkini, tidakkah kamu sedar akan fitrah manusia yang dijadikan melata diatas bumi tuhan? dek kerana itulah kamu tanpa segan silu, pada siang hari, manakala matahari tegak terpacak diatas kepala, kamu makan dan minum, kamu bermaksiat seolah-olah hanya kamu si pemberani, kamu ketawa pada ketetapan hakiki.

tidakkah amalan ini memberi kesan terhadap jiwa kamu? apakah sudah kering rahmat allah keatas kamu? apakah jack daniel rasul kamu yang terakhir?

ingat, yang dijanjikan pasti akan tiba..

Saturday, September 5, 2009

wabak

musim wabak ni, berhati-hati bila ingin keluar rumah mahupun berada didalam rumah. kebersihan harus diutamakan. ikut nasihat pihak yang pakar. semoga kita dijauhkan dari musibah yang melanda.

batuk yang menyerang aku sekarang, sungguh menyeksakan. nak makan pun tak selera, badan lemah sentiasa. nak diabai puasa, sayang. ini sahaja lah bulan yang aku boleh feel nikmatnya lapar dan dahaga.

Wednesday, September 2, 2009

september

here it is, we are now in the month of september twenty o nine. eid is just around the corner. i guess it is time to start preparing myself on my future plan. it wont be long before i am gone.

and i cant afford to stay either.